Monday 8 January 2018

Tips Menjaga Luka Bersalin Czer Supaya Cepat Sembuh

Setiap ibu yang bersalin..berpantang dan lebih-lebih lagi ibu yang bersalin secara Czer..mesti ingin cepat sembuh dan luka baik dengan cepat..betul tak? Bukan itu saja..rasa risau dengan luka bahagian dalaman juga menjadi kebimbangan utama...Tidak hairanlah..kalau ibu berpantang czer merasa sukar untuk banyak bergerak, kerana risau luka czer jadi lambat sembuh. Jadi hari ini saya nak kongsi beberapa tips. Tips Menjaga Luka Bersalin Czer Supaya Cepat Sembuh.


                  Menjaga Luka Bersalin
               Czer Supaya Cepat Sembuh




1) Memastikan kawasan luka sentiasa kering

Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka czer. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering.

Jika ibu bersalin secara czer ingin menggunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.

2) Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka

Ini kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.

Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E.

Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.

3) Segera berjumpa doktor jika jahitan terbuka 

Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia biasa berlaku. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali.

Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.

Sekiranya ibu bersalin czer mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak.

Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.

4) Ibu hamil yang menghidap diabetesMereka yang menghidap diabetes..akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.

5) Pengambilan Makanan seimbang 
Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

6) Pengambilan Makanan tambahan/Suplemen
Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.

Tips paling penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang ada masalah allergik dengan ubat tahan sakit, boleh ambil Vivix. Ada satu kajian menunjukkan resveratrol dapat memberi kesan mengurangkan rasa sakit.

Bukan itu saja..kandungan resveratrol dalam vivix juga mempunyai banyak kebaikan seperti baikpulih sel, jadi luka akan cepat baik. Meningkatkan penghasilan mitochondria (pusat janakuasa dalam sel), jadi badan akan rasa lebih bertenaga walaupun tengah pantang. Jadi saya memang sangat recommend untuk ibu bersalin czer mengambil vivix semasa berpantang.



Testimoni-Testimoni Ibu-Ibu Yang Bersalin Secara Czer Mengambil Vivix Shaklee Selepas Pembedahan







Ramai ibu berpantang yang mengambil Vivix berpuas hati..luka cepat sembuh..oklah..Ibu-ibu yang planning untuk bersalin Czer atau dinasihatkan oleh doktor untuk bersalin secara Czer atas sebab-sebab tertentu..Boleh simpan tips-tips yang saya kongsikan ini..sedikit sebanyak boleh membantu..Pemilihan suplemen yang terbaik juga memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan luka bersalin Czer..

Pesanan dari saya..Elakkan dari mengangkat sesuatu yang berat untuk jangka masa yang panjang..Walaupun luka di luar dah sembuh..belum tentu luka dalaman sudah betul-betul baik..Bagi mereka yang ingin dapatkan Vivix Shaklee..boleh hubungi saya..


Order Vivix Hari Ini !!!
Hubungi saya untuk order dan juga pertanyaan


Arhanin Binti Razali


 SMS | Call : 0109748990

 Shaklee ID : 1283193

 FB : Nin Li

 Email : hanraz1189@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Hilangkan Jeragat Dengan Selamat dan berkesan

Ramai yang masih bingung dan tercari-cari cara untuk  hilangkan masalah jeragat dengan Selamat Dan Berkesan ..walaupun sudah pelbagai ca...