Sunday 28 January 2018

Tips Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Dan Selamat

Jerawat dah hilang..tapi parut jerawat masih ada di wajah..Pernah tak rasa rimas dan  rasa nak cepat-cepat je hilangkan kesan parut jerawat yang susah nak hilang tue? Siap tempek bedak tebal-tebal kat muka bagi kesan parut tak nampak..guna produk yang bermacam-macam jenis sampai ada yang jadi lebih teruk..

Parut jerawat juga buat seseorang kurang keyakinan diri..semua impikan kulit yg gebu..halus mulus kan? Pada entry kali ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk hilangkan kesan parut jerawat dengan cepat dan selamat..



Sebelum tu kita lihat dulu..

Bagaimana Parut Jerawat Terjadi?

1) Setelah jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam

2) Ini sebenarnya bukan parut jerawat..tetapi kesan daripada radang jerawat

3) Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendirinya

4) Jerawat yang dipicit akan meninggalkan parut di muka, sama ada kemerahan, kehitaman atau kesan berlubang.

5) Tips: Ambil protein mencukupi untuk membina sel baru yang lebih sihat


Ok..seterusnya saya akan kongsikan beberapa tips..petua atau cara untuk hilangkan parut jerawat dengan cepat dan selamat...

Ada beberapa tips kat sini..cara untuk hilangkan parut jerawat dengan lebih natural...Paling penting ianya selamat...Tiada risiko muka berubah jadi lebih teruk kerana bahan kimia yang merbahaya..

Jom kita tengok jika ada cara hilangkan parut jerawat di muka yang sesuai dengan hati anda..

1) Scrub

Salah satu cara...boleh scrub muka. Boleh gunakan bahan-bahan yang natural. Macam lemon, gula dan tomato. Nak scrub kena tunggu jerawat reda, selepas gunung berapi meletop. Lakukan secara konsisten, mungkin jika baru buat seminggu hasilnya masih belum ada. Konsisten buat, inshaAllah akan nampak kesannya.

2) Madu

Campurkan madu ke dalam bedak sejuk. Dan tepekkanlah di muka anda. Buat dengan kerap, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

3) Kayu Manis

Hah ini pun bagus..tumbuk kayu manis, sampai jadi serbuk. Lepas tu letakkan sedikit air. Jadikan 'paste' dan letakkanlah di bekas jerawat. Lakukan secara kerap. Atau boleh gantikan air dengan madu. Caranya masih sama, tampalkanlah pada bekas jerawat.

4) Timun

Selain baik untuk hilangkan mata 'panda' a.k.a dark circles, timun juga baik hilangkan parut jerawat di muka..Kisar timun, tapiskan air. Dan tepekkanlah hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Muka akan rasa lebih 'fresh' dan tegang. Jika buat selalu, parut di muka akan pudar..

5) Daun Senduduk

Nie kalau rumah anda ada daun senduduk. Boleh guna beberapa helai, campurkan cekur dan segenggam beras. Guna batu giling (kalau ada) atau tumbukkan sampai lumat. Dan siap letakkan di muka yang ada parut. Lebihan boleh simpan dalam peti ais untuk ulang guna. Jangan buang, membazir.

Atau boleh cuba cara hilangkan parut hitam di muka dengan cara yang lebih senang..cepat..selamat dan paling penting berkesan..

Macam adik kat dalam video nie..Dah tujuh tahun muka dihuni parut jerawat yang hitam..siap jerawat sana sini. Dan akhirnya..sekarang kulit jadi gebu..


Kita tengok apa yg dia buat..jom play video kat bawah nie..



Haa..dah tengok..best kan tengok perubahan adik nie..dari muka penuh berjerawat akibat mengambil produk yang salah...

Akhirnya selepas mengamalkan Suplemen Shaklee iaitu Set Kecantikan Shaklee baru lah jerawat semakin berkurangan...Parut semakin hilang...kini wajahnya sangat licin..putih dan gebu...


Anda boleh bandingkan muka beliau sekarang dan dahulu. Sekarang flawless kan! Kalau Puan Farizan tak konsisten amalkan set kecantikan shaklee... mesti mukanya masih berparut sampai sekarang...

Supplemen Shaklee yg dapat membantu untuk Hilangkan Parut Jerawat...

1) Vitamin E

Vitamin E memang terkenal sebagai komponen yang boleh membantu untuk masalah parut jerawat. Selain itu, boleh membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan membaiki tesktur kulit. Disamping, vitamin E boleh melancarkan peredaran darah..

Vita-E Complex ini juga bantu memelihara sel-sel yang terdedah kepada radikal bebas agar tidak rosak. Untuk pengetahuan anda, Vita-E Complex ni 100% semulajadi tanpa pewarna, pengawet dan perasa tiruan.

2) Vita C Plus


Vitamin C membantu pembentukan kolagen. Menjadikan kulit lebih anjal, cerah dan halus. Disamping, SR Vita-C Plus bantu memudarkan parut jerawat dan mencerahkannya.

3) Esp Shaklee

ESP membantu dalam memudarkan parut jerawat. Protein sangat penting untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik, gebu, tona kulit yang sekata, kulit tidak berminyak, kulit tidak berjerawat.

Protein yang lengkap dan baik akan bantu membaiki dan membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Ini kerana, sel yang sihat akan lebih mudah untuk menyerap vitamin dan juga nutrient berbanding sel yang tidak sihat.

4) Shaklee Collagen Powder 

Collagen Powder akan memberikan kelembapan pada kulit, maka kulit tidak lagi kering. Kulit yang bermasalah akan cepat sembuh dan juga bantu mengurangkan parut jerawat dan juga memudarkan parut yang lain. 

Di samping membantu menghilangkan tanda penuaan. Tiada lagi masalah kulit kendur atau kedut.

Antara Testimoni mereka yang mengambil Set Kecantikan Shaklee Untuk Hilangkan Jerawat Dan Juga Parut Jerawat







Bagi anda yang malas nak makan supplemen banyak-banyak..ada satu lagi supplemen yang tinggi antioksidan untuk hilangkan bekas jerawat iaitu Vivix..

Vivix kaya dengan Resveratrol yang sangat berkuasa untuk baiki sel sehingga ke peringkat DNA lagi...

Saya share testimoni kat sini..




Bila kulit makin cantik...keyakinan diri pun bertambah..betul tak ?? Apa yang penting...disiplin ambil suplemen.. jangan harap selepas sehari dua cuba..dah nampak kesan yang ketara...perlu konsisten dan ikut jadual makan yang diberikan...

Kalau ada yang alami masalah jerawat dan parut jerawat degil..boleh cuba Set Kecantikan Shaklee..pastinya Selamat..Berkesan Dan Semuladi.

Hubungi saya untuk order dan juga pertanyaan


Arhanin Binti Razali





 SMS | Call : 0109748990

 Shaklee ID : 1283193

 FB : Nin Li

 Email : hanraz1189@gmail.com

Saturday 27 January 2018

Cara Merawat Penyakit Psoriasis

Psoriasis ialah sejenis penyakit auto-imun yang berkaitan dengan tompokan kemerahan yang tidak normal pada kulit. Tompok-tompok merah ini biasanya berwarna merah, gatal dan bersisik. Terdapat pelbagai jenis Psoriasis, dari segi bentuknya, saiz sehinggalah kawasan litupan tompokan tersebut.


Kebiasaannya psoriasis boleh dijumpai dikawasan sekitar siku, lutut dan kulit kepala, walaupun ia juga boleh wujud di kawasan lain pada anggota badan juga..

Tiada punca utama secara spesifik dapat dikesan setakat ini tentang mengapa penyakitpsoriasis boleh berlaku kepada individu.

Antara Punca Yang Boleh Menyebabkan Masalah Psoriasis ini terjadi :

1) Jangkitan
2) Alahan kepada beberapa jenis ubatan kimia
3) Mengalami tekanan
4) Alahan kepada persekitaran yang kotor
5) Ketahan badan yang sangat lemah
6) Tak tahan dengan cuaca yang panas atau sejuk
7) Perokok atau minum arak 

Tanda-tanda Psoriasis

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
1) Keguguran sisik pada kulit
2) Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
3) Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis Psoriasis 

1) Paling lazim adalah Psoriasis yang bertompok
2) Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate Psoriasis.

Guttate Psoriasis
3) Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic Psoriasis
4) Lampin Psoriasis
5) Pustular Psoriasis– adalah bentuk Psoriasisyang  sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan

Pustular Psoriasis
Komplikasi Psoriasis


Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan Untuk Psoriasis

Terdapat banyak pilihan rawatan yang berkesan untuk psoriasis. 

Bagi penyakit ringan yang melibatkan kawasan kecil badan, penggunaan seperti losen pelembab (terapi tropikal) dan semburan boleh menjadi sangat berkesan dan selamat digunakan.

Bagi penyakit sederhana teruk yang melibatkan kawasan yang lebih besar daripada badan, terapi tropikal mungkin tidak berkesan atau praktikal untuk digunakan. Kes-kes ini memerlukan rawatan ultraungu atau sistemik ( jumlah rawatan badan seperti pil atau suntikan) ubat-ubatan. Ubat-ubatan dalaman biasanya mempunyai risiko yang lebih besar.

Pelembab 

Adalah sangat penting untuk menjaga kulit yang terlibat lembab sepanjang masa.
Gunakan pengganti sabun contohnya krim akues atau salap pelembab bila sisik agak banyak.

Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak.

Sapu pelembab sebaik sahaja selepas mandi.

Tips Bagi Pesakit Psoriasis

1) Ubah tabiat pemakanan iaitu lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama yang mengandungi carotenoid seperti tomato, mangga, lobak merah dan sayuran hijau.


2) Tambah aktiviti senaman ke dalam jadual harian atau mingguan anda.


3) Elakkan tekanan. Tambahkan aktiviti yang meningkatkan amalan kerohanian dan juga meningkatkan ketenangan diri.


4) Akupuntur.


5) Pengambilan suplemen yang bersesuaian.

Penyakit tidak boleh sembuh sepenuhnya tetapi ia boleh dikawal...Salah satu cara untuk mengawalnya adalah dengan mencuba Set Psoriaris Shaklee... 


1) Garlic Complex

Merupakan supplement antibiotik semulajadi. 
Digunakan untuk meningkatkan ketahanan tubuh terhadap serangan bakteria dan virus.
Garlic membantu mengurangkan pencetus psoriasis, seperti keradangan 

2) Sustained Release Vitamin C

Diperbuat dari ekstrak jagung yang berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh
Menggalakkan penghasilan kolagen yang baik untuk kulit

3) Nutriferon

Dicipta oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dengan lebih 40 tahun penyelidikan. 
Nutriferon membantu merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman..

Meningkatkan penghasilan interferon badan untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh

4) Vivix 
Merupakan sumber terbaik Vitamin A yang merupakan salah satu sumber dalam rawatan untuk mengurangkan keradangan
Mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat mustajab...

Memberi manfaat antioksidan untuk melindungi sel-sel kulit dari kerosakan dari kerosakan akibat serangan radikal bebas

5) CarotoMax
Menawarkan sumber Vitamin A yang bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan disebabkan oleh serangan radikal bebas..

Merawat psoriasis dengan mengurangkan overproduction sel kulit yang terjadi oleh psoriasis

6) Vitamin E Complex
Selain dari membekalkan sumber Vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan, Vitamin E Complex dari Shaklee juga mengandungi Selenium. Selenium dan Vitamin E kedua-duanya adalah antioksidan, yang melindungi sel dari stress oksidatif yang terjadi dengan psoriasis 

7) Ostematrix
Salah satu vitamin yang digunakan dalam rawatan psoriasis ialah Vitamin DDalam Ostemarix, terdapat Vitamin D yang diperlukan untuk meredakan simptom psoriasis secara efektif dan selamat
  
8) Herbal Blend

Digunakan sebagai krim sapuan untuk meredakan kegatalan dan kekeringan akibat psoriasis..

Krim serbaguna ini dihasilkan tanpa Paraben dan bahan kimia berbahaya, sesuai disapu dari peringkat bayi hingga dewasa..

Alhamdulillah..Set Psoriasis Shaklee memberi sinar baru kepada pengidap Psoriasis..Lihat testimoni di bawah :





Secara amnya mereka yang mengidap Psoriasis perlu meningkatkan sistem imun..mengambil vitamin yang tinggi anti oksidan serta anti radang.

InshaaAllah Set Psoriasis Shaklee boleh membantu..dan ia dijamin Sentiasa Selamat, Sentiasa Semulajadi dan Sentiasa Berkesan...

Yang penting kita berusaha dan berikhtiar untuk merawat..Allah jua yang memberi kesembuhan..

Hubungi saya untuk order dan juga pertanyaan


Arhanin Binti Razali


 SMS | Call : 0109748990

 Shaklee ID : 1283193

 FB : Nin Li

 Email : hanraz1189@gmail.com

Tuesday 23 January 2018

Set Ibu Mengandung Shaklee : Penuhi Keperluan Nutrisi Si Ibu Sepanjang Kehamilan

Assalamualaikum semua...Semoga sentiasa sihat dan bertambah-tambah rezeki..aamiin..bercakap pasal rezeki nie.. mungkin ada antara kita yang baru naik pangkat..dapat rumah baru..beli kereta baru..dapat anak baru atau baru saja disahkan mengandung mesti dapatkan nutrisi & vitamin terbaik dari Set Ibu Mengandung Shaklee nie..😊😊 dan dipenuhi keperluan nutrisi si Ibu sepanjang kehamilan

Siapa di sini yang baru disahkan mengandung? Sila angkat tangan!..Alhamdulillah..perkabaran gembira yang ditunggu-tunggu semestinya...


ok..Pada peringkat awal kandungan.. kesihatan dan pemakanan amat penting bagi si ibu..Maklumlah benih baru nak bercambah...harus ditatang bagai minyak yang penuh...Si ibu perlu memastikan tekanan darah seimbang... Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi...Pastikan HB sentiasa stabil...Tidak terlalu rendah kerana ia akan mengganggu proses pembentukan organ-organ pada bayi...Malah ia boleh menyebabkan keguguran..inshaAllah Set Ibu Mengandung Shaklee memenuhi keperluan nutrisi harian si Ibu...

Sebelum saya cerita lebih lanjut mengenai Set Ibu Mengandung Shaklee nie..kita lihat dulu apa cabaran2 yg sering dihadapi Ibu hamil...

Cabaran Yang Sering Dihadapi Ibu Hamil

Biasa kan bagi ibu mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti seharian si ibu… Terutama buat ibu yang baru pertama kali disahkan hamil..Kehamilan sememangnya satu proses yang mencabar dan perlukan sokongan si suami dan keluarga..Kadang-kadang sepanjang kehamilan memang menduga emosi dan kekuatan fizikal si ibu..

Tapi si ibu tidak perlu bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja…saya sendiri turut mengalami morning sickness yang teruk di awal kehamilan..pregnant anak pertama dan kedua morning sickness hingga kandungan 6 bulan..memang sangat mencabar..

Ok..Saya kongsikan di sini antara cabaran-cabaran yang biasa dialami oleh ibu hamil:

1) Alahan teruk..
2) Morning sickness..muntah & loya
3) Tak boleh makan atau tiada selera makan

4) Anemia
5) Keletihan dan rasa malas
6) Mood swing

Namun begitu..inshaAllah semua masalah di atas dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi lengkap di samping rehat yang cukup…Yang penting ibu hamil tidak boleh stress semasa mengalami cabaran dan masalah ketika hamil...

Apa yang penting..sewaktu mengandung…kita dinasihatkan mengambil makanan yang seimbang serta dibekalkan dengan vitamin harian… Pengambilan vitamin sepanjang kehamilan adalah sangat penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan…. Pengambilan vitamin juga dapat membantu ibu hamil kekal sihat serta cergas...

Set Ibu Mengandung Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini...👇

1) Lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
2) Tahan berbulan-bulan
3) Boleh dimakan bersama ahli keluarga
4) Harga yang sangat berbaloi
5) Semulajadi (bukan sintetik)
6) Tidak memberi sebarang kesan sampingan
7) Bonus kesihatan dan kecantikan extra
8) Juga sesuai dijadikan set berpantang
9) Terbukti selamat dan berkesan

Jom kita lihat Khasiat Set Ibu Mengandung Shaklee yang terbaik untuk si ibu ...


Energizing Soy Protein 

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat...

Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Vitamin B Complex 

B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.

Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin Cmeningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula 

Vita-Lea adalah multivitamin, jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi)  yang mana penting untuk ibu yang ada masalah pitam atau mudah pening ataupunmasalah hb rendah atau anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

OsteMatrix

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix  Shaklee mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangatpenting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

Kalsium juga penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Omega Guard

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan..

Jom kita lihat video nie..Testimoni dari Puan Fitriyatul Asyiqin yang mengambil Set Kehamilan Shaklee ...


Sedikit Tips Untuk Si Ibu Bagi Mengatasi Alahan Makanan

♥ Di waktu pagi makan cracker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.

♥ Bangun perlahan-lahan dan jangan baring selepas makan.

♥ Kerap makan hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong.

♥ Makan apa saja anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

♥ Jika tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak ,buka tingkap dan kipas…lebih baik jika orang lain yang masak.

♥ Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
♥ Elakkan mengambil kafein dan merokok. 

♥ dan yang terakhir ialah dengan mengambil vitamin Ibu Mengandung Shaklee untuk ibu kekal cergas dan bertenaga walapun kurang makan…

Antara Testimoni Mereka Yang Berpuas Hati Dengan Set Ibu Mengandung Shaklee


















Diharap info ini dapat membantu sikit sebanyak bakal bakal ibu kat luar sana..jaga diri.. jaga kandungan..semoga anda..dan bayi anda sentiasa sihat dan dipermudahkan proses kelahiran nanti..inshaAllah..


Hubungi saya untuk order dan juga pertanyaan


Arhanin Binti Razali




 SMS | Call : 0109748990

 Shaklee ID : 1283193

 FB : Nin Li

 Email : hanraz1189@gmail.com

Hilangkan Jeragat Dengan Selamat dan berkesan

Ramai yang masih bingung dan tercari-cari cara untuk  hilangkan masalah jeragat dengan Selamat Dan Berkesan ..walaupun sudah pelbagai ca...