Tuesday 23 January 2018

10 Kelebihan Detoks Usus Selain Untuk Mengelak Kanser..

Detoks ialah mencuci usus kita..menyahkan toksin dari badan sama ada melalui najis ataupun perkumuhan yang lain..pernah bayangkan tak bagaimana keadaan usus kita..adakah usus kita bersih? Jadi..hari ini saya nak kongsikan 10 Kelebihan Detoks Usus Selain Untuk Mengelak Kanser..



Kenapa perlu detoks nie?? ..Jangan tak tahu ya..Usus yang kotor atau dilapisi kotoran yang tebal akan menganggu penyerapan zat-zat makanan ke saluran darah..Saya sarankan anda untuk detoksifikasi dahulu sebelum mencuba apa-apa supplement..



Sebab apa? Toksin dalam badan akan  menyebabkan kurang keberkesanan ubat ataupun supplement yang diambil..Selepas dinding usus kita bersih..barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum..

Jom kita lihat Apakah 10 kelebihan Detoks Usus Selain Mengelak Kanser

1) Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penghadaman.

Apabila kita dah detoks usus, usus kita dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan. Apabila bahan tidak terhadam tinggal lama dalam usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk.

Usus yang kotor boleh menyebabkan bahan tidak terhadam melaluinya dengan mudah. Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit..

2) Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.

Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan. Kenapa? Sebab toksin benda tidak terhadam itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan mendatangkan penyakit. Ia juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti buasir.

3) Meningkatkan tenaga

Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga. Tenaga yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dan disalurkan untuk keperluan badan yang lain. Ramai orang yang menjalani detoks usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang lebih lena.

4) Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien

Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan nutrien di serap dengan lebih baik. Usus yang kotor membuatkan penyerapan nutrien kurang kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.

5) Meningkatkan fokus.

Sebanyak manapun makanan berkhasiat yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya. Fokus hilang apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap dengan baik oleh tubuh. Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien dalam badan dapat diserap dengan baik.

6) Permulaan Yang Baik Untuk Kurus

Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat. Sejenis lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di dinding usus. Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan sisa lebih tinggi. Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan metabolisma badan.

7) Mengurangkan Risiko Barah Kolon.



Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati. Toksin yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik seterusnya menyebabkan barah/ kanser

8) Meningkatkan Kesuburan.

Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal berat badan. Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan, ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung.

Usus yang memberat disebabkan toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi penghalang. Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan kimia yang mengganggu telur dan sperma.

9) Mengekalkan Keseimbangan pH Dalam Darah.

Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat. Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah dicemari toksin. Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang.

10) Meningkatkan Kesihatan Badan Secara Keseluruhan. 

Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih ringan, serta lebih sihat.

Sumber: http://life.gaiam.com/article/10-benefits-colon-cleansing


Shaklee juga mempunyai produk yang membantu detox usus dan membersihkan usus. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang dengan lebih kerap dan lawas dan sekali gus dalam membantu untuk kurus.

1) ALFALFA Complex
2) DTX Complex
3) HERB-LAX Complex
4) PEPPERMINT GINGER PLUS
5) VIVIX


Kebaikan Set Detox Shaklee :

- Program Detox membantu kita buang toksin seterusnya jadi lebih sihat, bertenaga dan fokus.
- Badan rasa lebih ringan dan agak rajin.
- Menurunkan simptom dan risiko penyakit merbahaya.
- Boleh diamalkan oleh ibu menyusu dengan meal plan tersendiri.
- Mengurangkan craving terhadap benda manis dan makan banyak seperti biasa walaupun sudah selesai Detox 7 hari.
- sesi detox yang pendek sahaja, hanya 7 hari dan sudah dapat merasakan perubahan yang positif.
- sistem penghadaman yang lebih baik.
- nafas lebih segar dan tidak berbau jika anda mengalami masalah nafas berbau.
- kulit lebih segar dan tidak lesu.. serta banyakkk lagi.
- bonus : BERAT pasti TURUN !





Hubungi saya untuk order dan juga pertanyaan


Arhanin Binti Razali



 SMS | Call : 0109748990

 Shaklee ID : 1283193

 FB : Nin Li

 Email : hanraz1189@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Hilangkan Jeragat Dengan Selamat dan berkesan

Ramai yang masih bingung dan tercari-cari cara untuk  hilangkan masalah jeragat dengan Selamat Dan Berkesan ..walaupun sudah pelbagai ca...