Tuesday 23 January 2018

Panduan Untuk Bakal-Bakal Ibu : Kehamilan Yang Sihat

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka… Tentunya berita paling ditunggu selepas mendirikan rumahtangga..adalah anda disahkan hamil… namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita…Jadi adalah penting untuk semua bakal-bakal ibu mengetahui panduan dan tips sepanjang tempoh kehamilan…sebab time pregnant nie…kesihatan tu kena jaga betul betul..kalau ibu sihat inshaAllah kehamilan yang sihat baby pun sihat jugak kan..
   
1. Pemeriksaan Antenatal

Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

2. Jaga Pemakanan
 
Sebenarnya…dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang….Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting.. ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.
Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakkan minum air kosong pada waktu malam.

3. Pengambilan Asid Folik
 
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

4. Bersenam
 
Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.

5. Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil
 
Sepanjang kehamilan... ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.

6. Hadkan Pengambilan Kafein
 
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.

7. Atasi Morning Sickness
 
Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.

8. Rehat Secukupnya
 
Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.

Sewaktu mengandung…kita dinasihatkan mengambil makanan yang seimbang serta dibekalkan dengan vitamin harian… Pengambilan vitamin sepanjang kehamilan adalah sangat penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan…. Pengambilan vitamin juga dapat membantu ibu hamil kekal sihat serta cergas. 

Jom kita lihat vitamin shaklee yang terbaik untuk ibu mengandung...



ESP - Energizing Soy Protein 

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Vitamin B Complex 

B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk. 

Vitamin C Plus
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. 

Vita-Lea Iron Formula 
Vita-Lea adalah multivitamin, jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi)  yang mana penting untuk ibu yang ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah hb rendah atau anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. 

OsteMatrix 
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix  Shaklee mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kalsium juga penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua. 

Omega Guard 
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Diharap info ini dapat membantu sikit sebanyak bakal bakal ibu di luar sana agar menjaga diri dan menjaga kandungan. Semoga dipermudahkan proses kelahiran nanti. Semoga anda dan bayi sentiasa sihat.


Hubungi saya untuk order dan juga pertanyaan


Arhanin Binti Razali




 SMS | Call : 0109748990

 Shaklee ID : 1283193

 FB : Nin Li

 Email : hanraz1189@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Hilangkan Jeragat Dengan Selamat dan berkesan

Ramai yang masih bingung dan tercari-cari cara untuk  hilangkan masalah jeragat dengan Selamat Dan Berkesan ..walaupun sudah pelbagai ca...