Tuesday 9 January 2018

Kolestrol Tinggi Punca Pelbagai Penyakit Berbahaya

Bercerita tentang kolestrol..ramai yang ingat mereka yang mempunyai saiz badan yang gemuk..berbadan besar saja yang mengalami masalah kolestrol tinggi..tetapi mereka yang memiliki badan yang kurus...jangan ambil mudah atau pandang ringan dengan masalah kolesterol kerana orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolestrol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..dan seterusnya mengundang pelbagai penyakit berbahaya..Kolestrol Tinggi Punca Pelbagai Penyakit Berbahaya





Apakah itu Kolestrol???
Kolestrol merupakan lemak yang berada dalam tubuh manusia..Dan ia sering dikaitkan dengan terjadinya penyumbatan pada bahagian pembuluh darah dan akan mengakibatkan risiko kardiovaskular.


Ada dua jenis kolestrol iaitu LDL dan HDL. LDL (Low Density Lipoprotein) atau kolestrol jahat yang akan mengakibatkan endapan pada arteri darah. Manakala HDL (High Density Lipoprotein) atau kolestrol baik  tidak mengakibatkan endapan pada arteri, malah akan melindungi pembuluh darah dari berlaku Aterosklerosis  iaitu pembentukkan plak pada bahagian dinding pembuluh darah.



Mengapa kita tidak boleh ambil ringan tentang kolestrol tinggi?

Penyakit-penyakit berbahaya seperti serangan jantung, stroke dan diabetes seringkali disebabkan oleh tingginya kadar kolestrol dalam darah..

Tanda-Tanda Kolestrol Tinggi

1) Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
2) Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher
3) Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
4) Sering berasa sakit kepala.
5) Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit.
6) Sakit pada dada sebelah kiri kerana pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Keadaan ini sangat bahaya kerana ia menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Punca Kolestrol Tinggi

1) Keturunan
Sekiranya ada keluarga anda yang mempunyai kolestrol tinggi, maka besar kemungkinannya anak juga berpotensi untuk mewarisi kolestrol tinggi itu.

2) Usia
Setelah usia 20, kolestrol cenderung meningkat. Golongan lelaki lebih berpotensi untuk kolestrol mudah naik setelah umur 50 tahun berbanding golongan wanita kerana selalunya kolestrol akan mudah naik selepas menopause.

3) Makanan yang telalu banyak lemak tepu
Golongan yang mengamalkan makan makanan yang mempunyai lemak tepu terutamanya makanan seperti mentega, biskut, dan makanan segera lebih berpotensi untuk mendapat kolestrol tinggi.

4) Berat badan berlebihan
Berat badan sangat mempengaruhi tinggi rendahnya kolestrol. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan,  maka sebaiknya anda lebih berwaspada, kerana risiko mendapat kolestrol tinggi adalah besar.

5) Kurang bersenam
Sekiranya anda kurang bersenam dan lebih suka untuk duduk diam tanpa melakukan aktiviti,maka amat mudah untuk anda mendapat kolestrol tinggi..Senaman yang berterusan dapat membantu dalam menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik.

6) Merokok
Rokok sememangnya diketahui umum mempunyai bahan kimia yang sangat berbahaya bagi kesihatan tubuh. Menurut kajian, rokok dapat meningkatkan kolestrol jahat dalam darah dan membunuh kolestrol baik.

Cara-cara mencegah kolestrol tinggi

1) Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran

Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran sehari untuk membantu mengatasi kolestrol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Banyakkan juga pengambilan makanan yang kaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.

2) Amalkan makan ikan yang kaya dengan omega 3

Ikan yang kaya dengan Omega 3 seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain dapat membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Malah Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri.

3) Makan bijirin oat

Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolestrol jahat.

4) Makan lebih kanji dan fiber

Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolestrol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral yang terbukti boleh mengurangkan kesan kolestrol.

5) Bersenam

Senaman fizikal mampu meningkatkan kolestrol baik dan mengurangkan kolestrol jahat. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah dan mengurangkan tekanan.

6) Turunkan berat badan

Perhatikan tubuh anda. Sekiranya bahagian perut dan tengah badan disaluti banyak lemak, itu merupakan petanda risiko untuk mendapat penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain adalah tinggi.

7) Pengambilan makanan tambahan

Pengambilan makanan tambahan atau supplement sangat diperlukan dalam membantu menghapuskan kolestrol degil. Khususnya gaya hidup masyarakat kini yang lebih cenderung mempunyai masalah kolestrol tanpa sedar.
Terdapat banyak makanan tambahan dipasaran. Pastikan vitamin yang diambil adalah bebas dari bahan kimia kerana ia mungkin akan membawa masalah penyakit baru selepas menyelesaikan masalah asal iaitu menghapuskan kolestrol.

Di sini saya kongsikan antara gabungan vitamin Shaklee yang mampu mengawal dan menghapuskan kolestrol dalam badan. Dimana semua orang tahu produk Shaklee adalah produk semulajadi yang sentiasa selamat dan berkesan.



Mungkin berguna pada mereka yang masih tercari-cari supplement untuk menurunkan tahap kolesterol.

1) Phytocol-St - Mencegah kolesterol dah meresap masuk kedalam dalur darah secara semulajadi

2) Omega Guard - Membakar lemak yang termedap di salur darah. Selain menurunkan LDL dan keseluruhan kolestrol jahat.


3) Garlic -  Menurunkan kolestrol, LDL, dan mengurangkan kelikatan darah, pembekuan darah. Selain meningkatkan HDL dan melindungi jantung.



4) Vivix - Antioksidan dalam Vivix membantu dalam perlindungan sel termasuklah sel di sekitar bahagian salur darah. Orang yang alami masalah kolestrol yang tinggi adalah disebabkan oleh plug atau kolestrol berlebihan dalam salur darah.

Apabila kita mengambil Vivix, Vivix melindungi salur darah kita, jadi salur darah kita akan dilindungi dari kerosakan.. Jadi kolestrol tidak boleh menempel pada salur darah.

5) Vitamin E -memperbaiki peredaran darah

Rata-ratanya memberi feedback yang positif setelah mengambil Set Kolestrol Shaklee..







Saya kongsikan juga pengalaman En Huzair yang mempunyai masalah kolestrol tinggi dan berjaya menurunkan bacaannya dengan pengambilan Set kolestrol Shaklee


Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee. 


Orang kata kalau tak kenal tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul2 jatuh cinta dengan produk shaklee saya pernah beli dan makan beberapa vitamin shaklee tapi mmg main2 shj…sehari makan…sehari tak…kadang2 seminggu xmakan…org kata mmg tak bersungguh langsung…sampai akhirnya produk expired dan dimakan tikus, tikus pun tahu pilih produk yg natural…lawak pun ada. Tapi, sampai satu hari…saya terdesak dan terpaksa mencari semula produk Shaklee ni…


Kisahnya bermula apabila suami saya, disahkan kadar kolesterol dalam darahnya terlalu tinggi dengan bacaan 13.0 (normal 5)….bacaan hati atau Alt pula 100+ (normal 41) yang mana pada tahap merbahaya dan risiko tinggi utk serangan jantung atau strok. Masa pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KKM) mmg doktor juga terkejut dengan bacaan tersebut dan minta refer ke hospital. Tapi, suami minta utk tangguhkan sebulan sbb suami seboleh2 tak mahu bergantung pada ubat ubatan dr hospital. Masa tu mmg risau sgt…


Sebelum membuat pemeriksaan suami saya mmg hadapi sakit sakit badan, lesu dan kalau lihat raut wajah pun tak ceria. Saya memulakan misi google mencari produk Shaklee utk kolesterol…beli dan terus jadi ahli. Maka sejak dr hari pertama terima produk itu, dengan konsistan makan set kolesterol terdiri drOmega, lecithin, garlic dan saya add on Alfalfasekali makan berdua (walaupun saya xde buat pemeriksaan tapi pemakanan kami sudah tentu sama) jadi saya pun makan sama…


Genap 1 bulan suami ulang buat pemeriksaan darah semula mmg agak berdebar juga sbb takut kena telan ubat klinik setiap hari…But, Amazing! Its really works! Kolesterol dr bacaan13 turun kepada 6.2, walaupun belum bawah tahap normal tapi separuh dr bacaan pertama….Alt atau liver function pula…turun kepada 43…hampir juga keparas normal…dan doktor sgt kagum dengan keputusan itu…gembira sgt bila doktor minta suami teruskan makan produk shaklee. Dan kami yakin dengan izin Allah, masalah ini dapat diatasi jika kami teruskan pemakanan sihat dan supplemen Shaklee.


Waktu suami saya buat pemeriksaan kedua saya tak turut serta. Disebabkan gembira…suami siap minta doktor tuliskan bacaan sebelum (pemeriksaan pertama) dan selepas (pemeriksaan kedua) untuk tunjuk pada saya. Keratan kertas tu saya sertakan dibawah.


Sejak hari itu kami mmg yakin produk Shaklee bukan sebarangan. Ia benar benar berkesan dan yang paling penting 100% semulajadi. Sehingga kehari ini kami berdua masih terus consistant mengamalkan supplemen Shaklee. 
Alhamdulillah.

Nasihat saya jika anda sudah mempunyai tanda-tanda kolestrol tinggi..segeralah berjumpa dengan doktor untuk sahkan tahap kesihatan anda dan selepas tu jika berminat untuk mencuba rawatan alternatif boleh mengambil Set Kolestrol Shaklee..Selamat..Semulajadi Dan Berkesan...

Hubungi saya untuk order dan juga pertanyaan


Arhanin Binti Razali


 SMS | Call : 0109748990

 Shaklee ID : 1283193

 FB : Nin Li

 Email : hanraz1189@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Hilangkan Jeragat Dengan Selamat dan berkesan

Ramai yang masih bingung dan tercari-cari cara untuk  hilangkan masalah jeragat dengan Selamat Dan Berkesan ..walaupun sudah pelbagai ca...