Friday, 2 February 2018

Kencing Berbuih : Petanda Awal Penapis Buah Pinggang Bocor !!

Mesti ramai yang pernah dengar tentang masalah kencing berbuih..biasanya selepas buang air kecil..tiba-tiba anda perasan ada kelainan sikit..Kelainan yang bagaimana? Tiba-tiba anda nampak air kencing anda berbuih sedangkan selama ini tak pernah pun macam tu..Tahukah anda air kencing berbuih adalah petanda awal Penapis Buah Pinggang Bocor yang perlu di ambil perhatian.



Kalau time membuang air kecil..kena perhatikan sama ada air kencing itu berbuih ke tidak...Kalau berbuih..perlulah segera ke klinik untuk mendapatkan kepastian tentang kesihatan kita..Takut-takut ada masalah kesihatan yang lain.



Air kencing berbuih yang NORMAL


Air kencing berbuih tak semestinya menunjukkan kita mempunyai masalah kesihatan.. Untuk kes air kencing berbuih yang normal ini..banyakkan minum air kosong, dan segera ke tandas untuk membuang air kecil sekaligus boleh membantu mengurangkan buih dalam air kencing...masalah ini  biasanya berlaku kepada

1) Ibu Hamil

Semasa hamil, sesetengah wanita mengalami pembesaran saiz saluran darah. Ini menyebabkan banyak protein yang tidak dapat melepasi penapisan dan telah berjaya masuk ke dalam air kencing.
Namun begitu, kandungan protein di dalam air kencing wanita hamil adalah sangat minima.

2) Badan Anda Mengalami Dehidrasi

Dehidrasi boleh menyebabkan air kencing anda pekat dan berbuih
jadi, sangat di galakkan untuk minum air dengan secukupnya, sehingga air kencing anda kembali jernih

3) Pengambilan Minuman atau Makanan Tinggi Protein

Makanan atau minuman yang tinggi protein boleh membuatkan protein masuk ke dalam air kencing anda.
Contohnya ialah, makanan yang di ambil bagi membantu membesarkan otot atau pengambilan daging atau produk tenusu yang berlebihanJika anda berhenti makanan atau minuman ini, kencing anda juga akan berhenti berbuih



Apa Itu Nephotic Syndrome @ Buah Pinggang Bocor


Penapis buah pinggang bocor atau Nephotic syndrome adalah suatu penyakit yang berkaitan dengan keadaan buah pinggang. Ia biasanya disebabkan oleh salah satu penyakit yang merosakkan sistem penapisan buah pinggang. Ini membolehkan protein yang dipanggil albumin untuk ditapis keluar ke dalam air kencing (albuminuria).

Apabila paras protein dalam darah menurun, cecair meresap keluar dari saluran darah kecil (kapilari) di seluruh badan dan menyelesaikan ke dalam tisu sekeliling, menyebabkan bengkak cecair (edema).


Tanda -tanda Nephrotic syndrome

1) Air kencing berbuih dan berbau kuat
2) Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
3) Kemalasan umum (rasa tidak sihat)
4) Edema (retensi cecair atau bengkak), terutamanya di sekitar abdomen (kawasan perut), kaki dan mata
5) Sakit perut, kembung , cirit birit

6) Pening apabila berdiri dari berbaring atau duduk (hypotension orthostatic)       


Punca Nephrotic Syndrome

Antara punca-puncanya  adalah:

1) Kanser
2) Penyakit seperti kencing manis & SLE
3) Gangguan genetik
4) Gangguan imun
5) Jangkitan seperti hepatitis
6) Kesan penggunaan dadah tertentu

Komplikasi Nephrotic Syndrome


1) Dehidrasi – rendah tahap protein boleh membawa kepada pengurangan dalam isipadu darah. Dalam kes-kes yang teruk, cecair intravena boleh diberikan untuk meningkatkan kandungan air dalam tubuh

2) Darah beku – ini berlaku dalam urat kaki dan kadang-kadang dalam urat buah pinggang. Darah beku juga boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan sakit dada, sesak nafas atau batuk darah

3) Jangkitan – jangkitan dan keradangan (peritonitis) rongga peritoneal. Ini adalah lapisan elastik nipis yang mengandungi pankreas, perut, usus, hati, pundi hempedu dan organ-organ lain. Demam mungkin menunjukkan jangkitan.

4) Kegagalan buah pinggang – tanpa rawatan, buah pinggang mungkin gagal dalam kes-kes yang melampau


Rawatan Yang Biasa Diberikan


Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.

Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.

Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.

Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan

DIET – Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.


Rawatan Lain


Selain semua rawatan diatas, Pesakit buah pinggang bocor juga boleh ikhtiar merawat dengan mengamalkan suplemen..



Dibawah ni merupakan antara testimoni pengguna yang mempunyai masalah buah pinggang bocor dan mengambil vivix shaklee sebagai ikhtiar..








Jom kita baca sharing Testimoni En Muhammad Rosdi & Hartini Badri Yang Pada Mulanya Ingat Air Kencing Berbuih Itu Normal..Sekali Rupanya Buah Pinggang BOCOR !!!

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. 



Nama saya Muhamad Rosdi Ismail, 38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic  Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan?

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. 

Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi “sebeban” ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3 botol Vivix iaitu lebih kurang 3 bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Muhamad Rosdi Ismail


Sekiranya anda mempunyai masalah kencing berbuih..dapatkan rawatan segera..berjumpalah dengan doktor untuk rawatan seterusnya..dan sekiranya anda berminat untuk mengambil suplemen shaklee sebagai rawatan alternatif..boleh..




Hubungi saya




Your Shaklee Independent Distributor

Arhanin Binti Razali



 SMS | Call : 0109748990

 Shaklee ID : 1283193

 FB : Nin Li

 Email : hanraz1189@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Hilangkan Jeragat Dengan Selamat dan berkesan

Ramai yang masih bingung dan tercari-cari cara untuk  hilangkan masalah jeragat dengan Selamat Dan Berkesan ..walaupun sudah pelbagai ca...